PETALING JAYA: PKR menyifatkan Persidangan Khas Dewan Rakyat sebagai ‘helah’ kerajaan bagi memenuhi tuntutan semua pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibuka segera. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil (gambar) berkata, ini kerana persidangan khas tersebut hanya sekadar memberi penerangan tanpa perlu dibahaskan ahli Parlimen. Kata beliau, perkara tersebut sudah pasti menimbulkan pertikaian kerana isu yang dibincangkan melibatkan perihal rakyat, namun tidak membenarkan ahli Parlimen berbahas mengenainya.…










