Digi Business komited bantu peniaga kecil - Utusan Malaysia

Digi Business komited bantu peniaga kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Digi Business komited membantu pemilik perniagaan kecil dan mikro di Malaysia dengan solusi digital serta pelan mudah alih yang bernilai lebih daripada RM150,000 dalam mendepani situasi mencabar kini.

Untuk melanjutkan lagi sokongannya kepada para pemilik perniagaan ini, Digi Business telah berganding bahu bersama Astro Radio dalam program #KamiCareMbiz.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan aktiviti perniagaan dengan menghebahkan produk dan perkhidmatan perniagaan tersebut melalui saluran milik Astro radio yang berbilang bahasa seperti ERA, MY, HITZ, MIX, Sinar, Lite, RAAGA, Gegar, Melody, Zayan, GoXuan, dan Syok.

Ketua Pegawai Perniagaan Digi, Eugene Teh berkata, program #KamiCareMbiz telah mewujudkan kesedaran secara efektif terhadap pelbagai perniagaan melalui promosi percuma di udara dan Digi ingin melanjutkan lagi sokongan yang diberikan kepada peniaga.

“Terdapat banyak sekatan yang membataskan pergerakan kita, justeru usahawan kecil dan mikro perlu memanfaatkan alatan dan pendekatan digital untuk menjamin kelangsungan perniagaan mereka. 

“Kami komited untuk menjadi rakan digital yang diyakini dan ingin membantu mereka bangkit semula,” ujarnya dalam kenyataan.

Pemilik perniagaan yang terpilih melalui program #KamiCareMbiz akan menerima pakej solusi digital dan pelan mudah alih daripada Digi Business. yang meliputi akses ke atas alatan digital seperti AVANA, altHR dan Omni, selain menerima manfaat geran Digitalisasi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Untuk mengambil bahagian, pemilik perniagaan perlu membuat penyertaan dan menjawab bagaimana solusi digital Digi Business boleh membantu perniagaan mereka. 

Kunjungi laman web setiap saluran radio yang berkenaan untuk maklumat lanjut mengenai program ini.

Di samping itu, Digi Business juga sedang meneruskan usahanya untuk membantu pemilik perniagaan melangkah ke dunia digital, agar mereka dapat menjimatkan kos, meningkatkan produktiviti dan bersedia untuk mengikuti arus pertumbuhan dalam ekonomi digital. 

Pakej Go Digital merangkumi solusi serba lengkap yang asas bagi pendigitalisasian, termasuk pemasaran digital, solusi keterhubungan dan alatan produktiviti. 

Digi Business juga akan membantu pemilik perniagaan yang berkelayakan untuk mendapatkan tuntutan setinggi RM5,000 daripada geran Digitalisasi PKS Penjana untuk penjimatan tambahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya