Benarkan individu lengkap dos vaksin beraktiviti seperti biasa - Utusan Malaysia

Benarkan individu lengkap dos vaksin beraktiviti seperti biasa

Muhammad Affendi Mohd. Dilif
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yang sudah mendapat suntikan dos kedua vaksin Covid-19 disarankan supaya dibenarkan melakukan aktiviti harian seperti biasa termasuk menjalankan perniagaan.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Kota Raja, Muhammad Affendi Mohd. Dilif berkata, mereka yang telah melengkapkan suntikan vaksin juga akan diberikan satu kad identiti sebagai bukti mereka telah melengkapkan vaksinasi dan dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa.

Katanya, kerajaan harus menyediakan infrastruktur yang cukup dan menambah bilangan penguat kuasa sambilan untuk memantau dan memastikan mereka yang beroperasi menepati syarat ditetapkan.

“Bagi peluang kepada klinik atau hospital swasta untuk membeli vaksin agar peniaga-peniaga atau majikan yang ingin mempercepatkan operasi perniagaan mereka boleh terus mendapatkan khidmat swasta bagi memulihkan ekonomi mereka.

“Agensi kerajaan juga harus menerima produk-produk yang dibawa oleh syarikat tempatan atau luar negara yang mampu mengelakkan jangkitan wabak kepada pengguna.

“Pihak menteri juga harus memudahkan urusan usahawan yang mencadangkan banyak peluang dan inisiatif untuk membantu mengembangkan semula ekonomi mereka yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berharap negara ini akan pulih seperti sediakala dan semua pihak boleh melakukan aktiviti seperti sebelum ini.

“Setelah meneliti situasi semasa, keadaan ekonomi rakyat semakin hari semakin terjejas. Hilang punca pendapatan maka hilanglah semua termasuk ada yang telah membunuh diri akibat tekanan hidup,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya