50 Individu dikompaun dalam pusat hiburan gagal patuhi SOP - Utusan Malaysia

50 Individu dikompaun dalam pusat hiburan gagal patuhi SOP

Operasi serbuan di sebuah pusat hiburan di Waterfront Kota Kinabalu pagi kelmarin-IHSAN Polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keseronokan 50 individu berhibur di sebuah pub terhenti apabila kesemua mereka dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan RM250,000 pada malam kelmarin.

Dalam operasi yang dijalankan pada 9.30 malam di Waterfront dekat sini mendapati kesemua suspek gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu tiada penjarakan fizikal dan tidak mendaftar masuk MySejahtera mahupun menulis butiran di buku log masuk premis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, pihak polis mendapati muzik sedang dimainkan dengan kuat dan pelanggan juga sedang leka berhibur.

Berikutan itu, 50 pelanggan yang berada dalam premis itu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Dalam pada itu, pengurus pusat hiburan berkenaan turut dikompaun RM25,000 dan ditahan bersama tiga pekerja warga China bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan, lesen yang digunakan juga adalah lesen restoran kelas dua maka, premis itu sudah melanggar syarat perniagaan kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan.

“Pasukan serbuan turut merampas satu set kelengkapan komputer, peralatan mixer jenama Soundcraft Siexpression, pembesar suara dan alat Tp-Link,” katanya dalam satu kenyataan semalam.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya