KUALA LUMPUR: Tiga beradik warga emas yang uzur kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan Baitulmal dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan. Johari Mohd Sedek, 59, yang merupakan bongsu dari tiga beradik itu berkata, mereka juga berteduh di sebuah rumah usang yang sering dinaiki air jika hujan selama kira-kira sejam. Katanya, perkara tersebut amat membebankan apabila dia terpaksa mengemas dan membersihkan rumah seorang diri berikutan kakak sulungnya menghidap kanser limfoma dan kanser usus manakala…