2 asrama pekerja di Taiping antara kena PKPD - Utusan Malaysia

2 asrama pekerja di Taiping antara kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua asrama pekerja kilang di Daerah Larut Matang Selama, Perak antara 12 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini  melibatkan kilang Latex Manufacturing Sdn. Bhd. dan kuarters petugas  di Taiping.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sejumlah 237 kes positif Covid-19 direkodkan manakala satu lagi asramanya di Jalan IKA, Kawasan Industri Kamunting Aman, Kamunting pula 213 kes.

Katanya, juga dikenakan PKPD  iaitu Mukim Kuantan 1 di Kuantan, Pahang dan Taman Mewah di Kelemak, Daerah Alor Gajah, Melaka; manakala di Sabah, tujuh lokaliti terlibat antaranya dua perkampungan terletak di Bahagian Tawau iaitu Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung.

“Tidak ketinggalan, tiga lokaliti di Bahagian Pantai Barat iaitu Taman Jaya Diri, Daerah Kota Kinabalu; Kampung Lingkodon, Daerah Kota Belud dan Kampung Muhibbah, Daerah Putatan; Kampung Pintas Kubu, Daerah Beaufort di Bahagian Pedalaman dan Kampung Goshen, Daerah Kota Marudu di Bahagian Kudat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri turut memaklumkan PKPD di sembilan buah rumah panjang di Sungai Rassau, Batang Igan, Bahagian Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat esok disambung lagi meliputi Rumah Panjang Salim anak Unang, Judy anak Kudi, Danggang anak Ujang, Mathew anak Merang, Lait anak Ijang, Chandi anak KIlau, Putut anak Jugah, Sadin anak Jeli dan Mador anak Rendah.

Begitu juga PKPD di asrama pekerja warga asing dan kawasan kilang Wan Cens Plastic Industries Metal Sdn. Bhd. di Buloh Kasap, Daerah Segamat, Johor yang dilanjutkan lagi ekoran masih ada penularan dengan 700 individu disahkan ada Covid-19 sepanjang PKPD dilaksanakan sejak 19 Jun lalu dan sepatutnya berakhir esok.

Bagaimanapun, PKPD membabitkan Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan yang sepatutnya tamat pada Sabtu ini namun dianjakkan sehari lebih awal susulan berlaku penurunan kes dengan kluster adalah terkawal, malahan semua kes positif wabak berkenaan telah pun menerima rawatan masing-masing.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN