Usahawan mikro terkesan SOP PKP - Utusan Malaysia

Usahawan mikro terkesan SOP PKP

MOHD. YUSOF ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan digesa memberi sedikit kelonggaran mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang terbaik supaya usahawan mikro dapat meneruskan operasi perniagaan mereka walaupun bukan sektor perlu.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, walaupun pelbagai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, namun SOP yang ditetapkan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan terhadap perniagaan mereka.

“Antara sebabnya ialah, kurangnya pembeli disebabkan ramai rakyat terputus pendapatan akibat diberhentikan kerja atau tidak boleh bekerja pada sektor tertentu. Selain itu peniaga pasar malam dan pasar hari tidak dapat berniaga kerana dalam tempoh PKP semua pasar malam dan hari tidak boleh beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, selain itu, terdapat usahawan daripada sektor ekonomi  yang bukan perlu tidak boleh beroperasi seperti kedai pakaian.

“Sukar untuk menjalankan operasi jika usahawan terbeban dengan hutang dan terputus rantaian bekalan disebabkan beberapa sektor lain yang turut tidak boleh beroperasi semasa PKP,” katanya.

Beliau memberitahu, laporan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia sebelum ini mendedahkan sejumlah 100,000 syarikat usahawan mikro dikenal pasti menutup operasi perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang bermula Mac tahun lalu.

Selain itu, kerajaan  juga disarankan supaya memberi iklan secara percuma kepada mereka mengenai produk dan tempat perniagaan mereka.

“Pihak berkuasa tempatan juga diminta agar memberi kelonggaran undang–undang kepada para peniaga–peniaga yang membuka perniagaan mereka di tepi jalan jika mereka mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Selain itu, para peniaga juga haruslah berdisplin dalam menjaga SOP yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mengelak penularan jangkitan Covid-19,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya