Selangor penyumbang terbesar kematian, kluster tempat kerja - Utusan Malaysia

Selangor penyumbang terbesar kematian, kluster tempat kerja

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 30 kluster baharu yang menyaksikan kluster tempat kerja penyumbang terbanyak iaitu 20 kluster diikuti sembilan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan lapan kluster tempat kerja iaitu Tapak Bina Persiaran Aspirasi di Sepang (16), Sungai Linau di Sepang (12), Jalan Langat Utama Satu di Kuala Langat (12) dan Industri Jalan Kilang Bestari di Kuala Selangor (22). 

Empat lagi katanya, Industri Jalan Seruling 57 di Klang (101), Industri Rawang Perdana Satu di Gombak, Hulu Selangor, Klang, dan Petaling (28), Industri Mahkota Beranang di Hulu Langat (36), Industri Jalan Udang di Klang (22). 

“Negeri Sembilan catat tiga kluster iaitu Jalan Haruan Tujuh di Seremban, Port Dickson, dan Rembau (81), Perusahaan Pantai di Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, dan Rembau (74), Permata Satu 2 di Seremban (36) manakala Johor dua kluster, Industri Murni Lapan di Kulai dan Johor Bahru (31), Jalan Keluli Industri di Johor Bahru (21) dan Kedah juga dua kluster, Dah Industri Sungai Getah di Kuala Muda (16), Dah 3/5 Industri Sungai Petani di Kuala Muda (22). 

“Baki kluster tempat kerja iaitu Jalan Sungai Antu di Sibu dan Meradong, Sarawak (24), Paris Tiga di Kinabatangan, Sabah (29), Taman Tun Dr Ismail di Kepong, Kuala Lumpur (22), Pulai Jaya Sembilan di Kinta, Perak (63) dan Sentral Triang di Bera, Pahang (18),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kluster komuniti pula, Kuala Lumpur tiga kluster iaitu Jalan Kubur di Lembah Pantai (53), Pantai Ria di Lembah Pantai (98), Taman Bukit Angkasa Lembah Pantai (101) manakala Kelantan, dua kluster iaitu Kampung Kajang Sebidang di Tumpat (30), Taman Kurnia Jaya di Kota Bharu (28). 

“Baki kluster komuniti iaitu Dah 30 Relong pula di Pendang, Kedah (21), Brumas Camp di Kalabakan, Sabah (20), Jalan Senai di Kulai, Johor (16), Sungai Separai di Tatau, Sarawak (33) manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Jalan Cox di Klang, Selangor (15),” katanya. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,841 kes berbanding semalam, 5,244 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,411 kes. 

Katanya, sebanyak 84 kes kematian dicatatkan dengan 869 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 438 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 61,162 kes aktif. 

“Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,072 kes diikuti Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552), Johor (346), Kedah (271), Melaka (247), Labuan (212) dan Sabah (203) manakala baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Pahang (162), Kelantan (135), Perak (120) dan Pulau Pinang (108). 

“Terdapat satu negeri dan satu wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Terengganu (29) serta Putrajaya (17) manakala Perlis hanya lima kes,” katanya. 

Dalam perkembangan membabitkan 84 kematian, beliau berkata, Selangor sekali lagi menjadi penyumbang terbesar korban Covid-19 iaitu 32 kes; Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, masing-masing 10 kes, lapan kes di Kelantan, tujuh kes di Johor, enam kes di Kedah, tiga kes di Labuan manakala Melaka, Perak, dan Pahang masing-masing dua kes serta Sabah dan Terengganu, masing-masing satu kes. 

“Seramai 48 lelaki termasuk enam warga asing dan 36 wanita termasuk empat warga asing berusia antara lapan hingga 90 tahun dengan 19 kes tiada latar belakang penyakit dan 11 kes meninggal dunia di rumah. 

“Antara penyakit yang dikesan iaitu  kencing manis, jantung, darah tinggi, kanser, asma, dislipidemia, strok, buah pinggang, hati, paru-paru, obesiti, epilepsi, sindrom Melas, tiroid,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya