Rayuan BPR dibuka Selasa ini, RM2.1 bilion peruntukan tambahan disediakan - Utusan Malaysia

Rayuan BPR dibuka Selasa ini, RM2.1 bilion peruntukan tambahan disediakan

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai boleh mengemukakan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mulai Selasa hingga 30 Jun ini bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah ini sebagai menyedari bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR, tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data kerajaan.

Menurut beliau, bagi tahun ini, sejumlah RM4.6 billion bantuan BPR disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada bulan Februari/Mac dan Mei lalu, manakala bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada September ini.

“Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, seperti diumumkan dalam Program Pemerkasa+ pada 31 Mei lalu, kerajaan memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada.

Jelas beliau, pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan yang mula akan disalurkan pada Ogos nanti.

“Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat. Bagi tahun ini, kerajaan memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR secara keseluruhannya.

“Kerajaan kekal komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan ini sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 buat masa ini,” katanya.

Zafrul berkata, Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my manakala penghantaran borang rayuan BPR 2021 secara manual boleh dibuat di mana-mana cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa bagi urusan kaunter perkhidmatan kerajaan). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya