PM buat perutusan khas Pelan Pemulihan Negara 5 petang - Utusan Malaysia

PM buat perutusan khas Pelan Pemulihan Negara 5 petang

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat perutusan khas berkenaan Pelan Pemulihan Negara pada pukul 5 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di dalam Facebook Perdana Menteri, sebentar tadi.

Siaran langsung perutusan itu boleh disaksikan di RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Al Hijrah.

Kelmarin, Muhyiddin memaklumkan kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara berdasarkan kepada data sains, pengurusan Covid-19, ekonomi dan program vaksinasi sebagai langkah untuk negara keluar daripada pandemik.

Beliau berkata, pelan pemulihan itu antara lain sebagai makluman kepada rakyat mengenai perkembangan semasa dan fasa-fasa tertentu melibatkan pengurusan pandemik di negara ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya