Peluang Anwar berucap 20 Jun ini - Utusan Malaysia

Peluang Anwar berucap 20 Jun ini

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan Keadilan pada tarikh baharu iaitu 20 Jun ini yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 2 petang.

Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelaksanaan kongres tersebut diadakan secara dalam talian melibatkan 2,000 perwakilan menerusi aplikasi Zoom dari rumah masing-masing sekali tiada aktiviti berkumpul secara fizikal.

“Selain perwakilan yang menyertai kongres ini, parti juga ingin menjemput semua rakyat Malaysia mengikuti perjalanan kongres ini menerusi siaran langsung di Facebook parti.

“Kongres Keadilan akan fokus tentang isu ekonomi, kesihatan dan pemulihan demokrasi di negara kita,” katanya.

Pada 5 Jun lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya berucap pada keesokannya tidak dapat berbuat demikian berikutan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menangguhkan kongres tersebut pada saat akhir.

Keputusan itu dibuat setelah PKR menerima surat dari MKN dan makluman lisan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 4 Jun lalu pukul 6.21 petang. MKN menjelaskan kongres tersebut boleh ditangguhkan sehingga 30 Jun ini.

Bagaimanapun, PKR mendakwa arahan terbaharu MKN itu bercanggah dengan surat mereka bertarikh 27 Mei lalu yang telah menyatakan MKN tiada halangan terhadap penganjuran kongres berkenaan secara dalam talian sepenuhnya.

Kongres PKR sepatutnya berlangsung selama tiga hari bermula dengan ucapan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diikuti ucapan dasar Ketua Wanita, Fuziah Salleh.

Bagaimanapun, ia hanya berlangsung selama dua hari sahaja diakhiri dengan Kongres Angkatan Muda, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada 5 Jun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya