Noh rayu Kerajaan Negeri Selangor tidak kutip cukai - Utusan Malaysia

Noh rayu Kerajaan Negeri Selangor tidak kutip cukai

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR- Kerajaan Negeri Selangor diminta untuk tidak mengutip cukai pintu di bawah pengurusannya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini. 

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara tersebut perlu dibuat kerajaan negeri kerana ramai rakyat Selangor yang hilang sumber pendapatan dalam tempoh sama. 

“Saya harap kerajaan negeri tidak mengutip cukai pintu dan perniagaan daripada penduduk dan peniaga. 

“Saya rasa kerajaan Selangor prihatin terhadap nasib yang menimpa rakyatnya,” katanya semasa sesi libat urus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen peringkat Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor secara dalam talian, hari ini. 

Sementara itu, Noh meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak mengusir peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan dalam tempoh ini. 

Menurutnya, ramai yang kehilangan kerja sehingga memaksa mereka berniaga di tepi jalan bagi memberi nafkah kepada keluarga. 

“Bagi Parlimen Tanjong Karang, saya minta Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) supaya tidak usir peniaga ini melainkan khemah perniagaan mereka menganggu lalu lintas kenderaan. 

“Bantulah dan kasihanlah mereka pada saat ini,” rayunya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN