PETALING JAYA: Pelbagai pihak mempersoalkan langkah kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa pertama tanpa memperkenalkan mekanisme dan strategi baharu yang lebih berkesan. Mereka berkata, melihat kepada statistik harian jangkitan, terbukti mekanisme kerajaan dalam fasa pertama hampir sebulan itu gagal dan perlu diubah suai untuk membolehkan rakyat beralih ke fasa seterusnya. Jika sekadar menambah hari pelaksanaan, dikhuatiri angka jangkitan Covid-19 bukan sahaja tidak turun malah bertambah kerana rakyat mungkin mula ‘memberontak’. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya