Kilang arak patuhi SOP, tidak beroperasi - Utusan Malaysia

Kilang arak patuhi SOP, tidak beroperasi

PEMANTAUAN yang dijalankan Pasukan Task Force Pematuhan Covid-19 dari IPD Shah Alam malam semalam mendapati kilang arak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor ini mematuhi SOP ditetapkan sepanjang PKP Penuh bermula 1 Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Kilang arak, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad mematuhi dengan baik prosedur operasi standard (SOP) dan tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sejak 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil pemantauan yang dijalankan Team Task Force Pematuhan Covid-19 daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di kilang yang terletak di Seksyen 15, di sini mendapati, memang tiada sebarang operasi pengilangan arak yang dijalankan pada pukul 7.40 malam semalam.

Katanya, hasil siasatan mendapati, asap yang dikeluarkan daripada salah satu cerobong kilang di situ yang tular di media sosial Facebook merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau ragi (yeast).

“Pasukan kami bertemu dengan pengurus kilang terbabit dan dimaklumkan bahawa asap itu merupakan wap yang keluar hasil daripada proses pemanasan sejenis bahan mentah.

“Bahan itu perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang. Wap atau asap itu perlu dikeluarkan bagi mengelakkan berlaku letupan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Baharudin memberitahu, proses terbabit dipanggil sebagai meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siapa dan ia mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Ekoran kejadian ini, pihak kami akan memanggil pemilik akaun Facebook terbabit bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Berdasarkan surat kebenaran MITI terbabit, hanya 10 peratus pekerja kilang arak itu dibenarkan bergerak dari kediaman ke kilang atau premis masing-masing. Kelulusan itu boleh dibatalkan dan ditarik balik, sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi oleh syarikat.

Semalam tular satu video berdurasi 40 saat yang diambil seorang pemuda dari rumahnya yang menunjukkan asap keluar daripada corong kilang dan sekumpulan pekerja keluar masuk memandu trak pada pukul 7.45 pagi- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya