PETALING JAYA: Kerajaan harus memperincikan peruntukan Perlembagaan sehingga membolehkan Parlimen tidak bersidang lagi sehingga hari ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, ini kerana tindakan kerajaan yang ‘bersembunyi’ di sebalik istilah Perlembagaan itu hanya menunjukkan kepada rakyat yang kerajaan takut pada sebarang kemungkinan di dalam Dewan Rakyat. “Kerajaan ada menyatakan pembukaan Parlimen perlu berasaskan peruntukan Perlembagaan, bermakna peruntukan itu harus diteliti untuk dijelaskan kepada orang ramai,…