"Jangan cakap saya mandul!"- Elizad buat laporan polis - Utusan Malaysia

“Jangan cakap saya mandul!”- Elizad buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Elizad, membuat laporan polis terhadap individu mendakwa dirinya mempunyai masalah gangguan kesuburan menerusi akaun Facebook dengan menggunakan nama Zain Rashdan.

“Saya dah buat laporan polis. Jarang-jarang aku melayan komen-komen “bodoh” macam ini. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul. Sakit betul hati ini, kau Allah ke? Tahu aku ini mandul ke tak? Boleh beranak ke tak? Jantung rasa nak tercabut.

“Sedih teramat sangat! Kau suka kalau tengok aku bercerai sebab aku belum ada zuriat? Kau tahu akui ni solat atau tidak? Pernah kerjasama dengan akukah? Bersedekah, bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah dan segala amalan perlu dimuat naikkah?” luahnya tersinggung.

Dalam luahan panjang lebar di Instagramnya (IG), berkata, setiap yang berumah tangga punya cara dan usaha sendiri untuk menimang cahaya mata.

“Cuma tak ada siapa boleh cakap saya mandul! Saya bahagia dengan hidup dan fasal anak itu kerja Allah. Aku berusaha macam nak mati dapatkan zuriat sendiri! Hari-hari dalam solat menangis minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tanpa zuriat! Menangis kecewa sebab tiada peneman, umur dah macam ini,” tambahnya.

Dalam keadaan terkilan dan hati yang luluh, Elizad sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil Daerah Cheras pada pukul 8:10 malam semalam.

Elizad turut berterima kasih kepada semua orang yang membantu dan menyokongnya di saat terpukul oleh pena kata individu terbabit.

“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda. Selebihnya tunggu esok untuk tindakan selanjutnya. Zain Rashdan kau cuit salah orang,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya