Hampir 8 juta dos suntikan diberi setakat 29 Jun - Utusan Malaysia

Hampir 8 juta dos suntikan diberi setakat 29 Jun

ADHAM Baba menyampaikan ucapan sempena Majlis Menandatangani Momerandum Persefahaman (MOU) antara PBSMM dan Pfizer Malaysia bagi meningkatkan sokongan psikososial ketika pandemik Covid-19 yang berlansung di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Jalan Wisma Putra di sini, hari ini. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat semalam ialah sebanyak 7,824,912 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi hantaran Twitter berkata, sebanyak 231,733 dos vaksin telah diberikan kepada seluruh negara semalam, menjadikan lebih 7.8 juta dos vaksin Covid-19 telah diagihkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Daripada jumlah itu, lebih 5.6 juta individu iaitu 17.2 peratus daripadanya telah menerima dos pertama, manakala lebih 2.2 juta atau hampir tujuh peratus telah menerima dua dos lengkap.

Menurut data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham menunjukkan penduduk Kuala Lumpur adalah paling ramai telah menerima dos pertama vaksin dengan jumlah seramai 988,698 individu atau 55.7 peratus.

Ia disusuli Sarawak (1.03 juta/ 36.6 peratus), Putrajaya (37,956/34.5 peratus), Labuan (33,467/33.6 peratus) dan Perlis (66,955/26.5 peratus).

Manakala Putrajaya menjadi penerima dos kedua tertinggi dengan 26, 955 individu iaitu 24.5 peratus daripada keseluruhan populasi wilayah itu sudah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, orang ramai diminta mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau telefon 1-800-888-828. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN