Duit jualan plastik bantu golongan terkesan PKP 3.0 - Utusan Malaysia

Duit jualan plastik bantu golongan terkesan PKP 3.0

Program Bakul Prihatin yang diselaraskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggunakan duit hasil jualan plastik di premis-premis perniagaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM-Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyelaras duit hasil jualan plastik di premis-premis perniagaan untuk menjayakan program kebajikan, Bakul Prihatin.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan, duit tersebut akan digunakan untuk membantu penduduk yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Wang hasil jualan plastik akan diselaraskan untuk kita jayakan program Bakul Prihatin yang mana kita akan menghantar barang-barang makanan di kawasan pentadbiran kita.

“Bakul Prihatin tersebut akan dihantar oleh perkhidmatan menghantar barang kepada pihak yang memohon bantuan tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bakul Prihatin Rezeki Kasih Kepada Anggota Barisan Hadapan di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Management& Science University (MSU) Medical Centre Seksyen 13 hari ini.

Yang hadir sama ialah Presiden MSU Medical Centre,Tan Sri Dr.Mohd.Shukri Ab.Yajid.

Mohd. Rashidi berkata, program Bakul Prihatin yang bermula Februari lalu telah berjaya membantu 2,000 keluarga termasuk anggota barisan hadapan.

“Minggu depan kita akan menyampaikan lagi 2,000 Bakul Prihatin untuk masyarakat bandar raya ini yang memerlukan,”katanya.

Sementara itu Mohd.Shukri berkata, PPV tersebut telah memberi 10,000 vaksin kepada penerima sejak Mac tahun ini.

“Sehari kita memberi 600 dos vaksin kepada penerima dan kita berharap boleh memberi 1,000 dos bergantung kepada kebenaran pihak kementerian.

“Kita juga bercadang untuk memberi vaksin secara pandu lalu dan vaksin ke rumah pada masa depan,”katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya