Dua anggota polis larikan RM400,000 dibebaskan dengan jaminan - Utusan Malaysia

Dua anggota polis larikan RM400,000 dibebaskan dengan jaminan

KAMARUL Zaman Mamat (tengah) ketika melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua daripada tiga anggota polis yang ditahan selepas disyaki terlibat  melarikan peti besi mengandungi wang tunai RM400,000 di sebuah pejabat syarikat kurier Rabu lalu dibebaskan dengan jaminan polis. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bagaimanapun, seorang lagi anggota polis berpangkat Sarjan masih ditahan bersama tujuh lagi suspek yang merupakan orang awam untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan yang dijalankan, kita telah menemui semula 92 peratus wang tunai yang dilarikan kumpulan itu.

“Sebahagian wang itu ditemui di rumah dan di dalam kereta suspek terbabit,” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas menyertai operasi  memeriksa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di 30 buah kilang di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Roze Shaari, dan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi Rabu lalu,  sekumpulan lelaki itu dikesan melarikan peti besi mengandungi wang tunai sebanyak RM400,000 selepas mereka bertindak mencabut fius utama bekalan elektrik di luar premis menyebabkan televisyen litar  tertutup (CCTV) tidak berfungsi sebelum mengumpil pintu utama premis berkenaan.

Sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjaya dilarikan dan selepas lapuran polis dibuat oleh pemilik syarikat, lima orang awam dan tiga anggota polis ditahan Khamis lalu.

Polis turut ditahan sehari kemudian ialah dua orang awam menjadikan kesemua 10 suspek berumur antara 21 hingga 50 tahun ditahan untuk membantu siasatan.  

Kamarul Zaman berkata, polis akan menyambung reman kesemua mereka untuk melengkapkan siasatan selepas perintah reman mereka akan berakhir 1 Julai ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya