Dr. Adham Baba dilantik Ahli Pengarah Lembaga Eksekutif WHO - Utusan Malaysia

Dr. Adham Baba dilantik Ahli Pengarah Lembaga Eksekutif WHO

ADHAM Baba menyampaikan ucapan sempena Majlis Menandatangani Momerandum Persefahaman (MOU) antara PBSMM dan Pfizer Malaysia bagi meningkatkan sokongan psikososial ketika pandemik Covid-19 yang berlansung di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Jalan Wisma Putra di sini, hari ini. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dilantik sebagai Ahli Pengarah Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk tempoh tiga tahun sehingga 2024.

Pelantikan Adham itu bagi mewakili Malaysia untuk Negara Anggota Rantau Pasifik Barat bagi tempoh itu yang mana negara pernah berada dalam EB sebanyak tiga kali sebelum ini.

WHO sebagaimana dalam pengumuman menerusi portal pertubuhan antarabangsa itu menyebut, seramai 34 ahli mewakili EB dipilih dalam kalangan mereka yang berkepakaran dalam bidang kesihatan.

Selain Malaysia, turut dilantik dalam kalangan Negara Anggota Rantau Pasifik Barat ialah Jepun, Singapura dan Korea Selatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN