Bacaan doa Covid-19 di pusat beli-belah - Utusan Malaysia

Bacaan doa Covid-19 di pusat beli-belah

SHADAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Beberapa pusat beli-belah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan mula memperdengarkan bacaan doa khas Covid-19 pada setiap hari, selepas kes positif direkodkan terus meningkat sejak bulan lalu.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata, Melaka Mall telah memulakan rutin tersebut semalam dengan memasang audio bacaan daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebanyak empat kali sehari.

Katanya, pendekatan secara Islamik itu turut disambut baik oleh pihak pengurusan Pasaraya Mydin MITC Ayer Keroh dan usaha berkenaan akan dipanjangkan kepada yang lain antaranya Hari-Hari dan Pasaraya Aeon.

“Bermula pagi semalam, kita telah pun memasangkan audio bacaan doa khas Covid-19 sebanyak empat kali di Melaka Mall iaitu sebelum buka operasi pada pukul 8 pagi, selepas azan Zohor, Asar dan sebelum tutup premis.

“Ini merupakan salah satu usaha MPHTJ dalam mengajak para pengunjung khususnya di negeri ini untuk bersama-sama berdoa agar terhindar dan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, audio bacaan doa tersebut telah dibacakan sendiri oleh Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil bagi mengajak rakyat negeri ini berikhtiar dalam memohon perlindungan Allah.

“Audio doa berdurasi tiga minit 47 saat ini boleh dimuat turun daripada laman sosial Facebook rasmi JAIM. Doa khas ini bukan sahaja boleh dipasang di pusat beli-belah, malah di masjid, surau, mahupun di rumah selepas waktu solat bersama keluarga.

“Orang ramai juga digalakkan untuk berkongsi audio bacaan doa ini menggunakan apa sahaja platform termasuk media sosial sebagai salah satu ikhtiar yang boleh kita dilakukan sehingga pandemik Covid-19 ini berakhir,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri turut menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Perdana yang dijalankan secara dalam talian pada pukul 9 pagi setiap hari Jumaat, bermula 4 Jun lalu.

HABIS///

SHADAN OTHMAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya