7,548 kes sembuh; 5,271 kes positif; 82 kematian - Utusan Malaysia

7,548 kes sembuh; 5,271 kes positif; 82 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes sembuh Covid-19 iaitu 7,548 kes sekali gus mengatasi 5,271 kes positif yang turut merekodkan penurunan kes positif berbanding semalam, 6,241 kes. 

Sebanyak 82 kematian manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 84,269 kes berbanding semalam, 86,628 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 902 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 447 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar namun merekodkan penurunan iaitu 1,374 kes selepas beberapa hari melebihi 2,000 kes. 

“Baki negeri hanya merekodkan kes di bawah 800 kes iaitu Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341), Sabah (336) dan Labuan (209). 

“Sebanyak tujuh negeri dan satu wilayah merekodkan kes di bawah 200 kes iaitu Kedah (194), Melaka (178), Perak (177), Pulau Pinang (153), Terengganu (117) dan Pahang (99) manakala Putrajaya (8) dan Perlis (1),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.