5,586 kes positif; 4,777 kes sembuh; 60 kematian - Utusan Malaysia

5,586 kes positif; 4,777 kes sembuh; 60 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 5,000 iaitu 5,586 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 4,777 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 60 kes kematian dicatatkan dengan 886 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 446 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 61,395 kes aktif.

Katanya, Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,212 kes diikuti Kuala Lumpur (628), Sarawak (513), Negeri Sembilan (501), Melaka (380), Johor (312) dan Perak (229).

“Enam negeri mencatatkan kes di bawah 200 iaitu Sabah (190), Pulau Pinang (138), Kelantan (133), Kedah (129) dan Pahang (118).

“Manakala, Labuan (83), Terengganu (16) serta Putrajaya (4) dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN