5,411 kes sembuh; 5,841 kes positif; 84 kematian - Utusan Malaysia

5,411 kes sembuh; 5,841 kes positif; 84 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,841 kes berbanding semalam, 5,244 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,411 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 84 kes kematian dicatatkan dengan 869 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 438 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 61,162 kes aktif.

Katanya, Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,072 kes diikuti Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552), Johor (346), Kedah (271), Melaka (247), Labuan (212) dan Sabah (203).

“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Pahang (162), Kelantan (135), Perak (120) dan Pulau Pinang (108).

“Terdapat satu negeri dan satu wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Terengganu (29) serta Putrajaya (17) manakala Perlis hanya lima kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN