50 peratus anggota penguat kuasa KPDNHEP sudah menerima vaksin - Utusan Malaysia

50 peratus anggota penguat kuasa KPDNHEP sudah menerima vaksin

Rosol Wahid (dua, kanan) bersama Azman Adam (dua kiri) memeriksa harga tomato di sebuah pasar raya di Jalan Lama Kuala Selangor, Sabak Bernam, Selangor hari ini-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM- Kira-kira 50 peratus anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerima vaksin Covid-19 sehingga hari ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya telah membuat permohonan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya mempercepatkan pemberian vaksin kepada penguat kuasa yang belum menerimanya.

“Kita memohon kepada Menteri bertanggungjawab (Khairy Jamaluddin) untuk memasukkan penguat kuasa kita dalam senarai petugas barisan hadapan.

“Setakat ini, kita ada seramai 2,200 penguat kuasa di seluruh negara. Keutamaan diberikan kepada mereka kerana mereka sering berdepan dengan orang awam,” katanya selepas meninjau sebuah pasar raya di Jalan Lama Kuala Selangor, di sini hari ini yang turut disertai Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai berapa jumlah anggota penguat kuasa kementeriannya yang sudah disuntik oleh pihak pemberita.

Menurut laman Facebook rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), sebanyak 4,227,554 dos vaksin yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia sehingga semalam.

Daripada jumlah tersebut, Kuala Lumpur mencatatkan penerimaan dos vaksin yang tertinggi iaitu sebanyak 628,062 dos vaksin.

Rosol berharap majoriti anggota bahagian itu mendapat vaksin pada fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.