11 kilang dikompaun langgar SOP - Utusan Malaysia

11 kilang dikompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 buah kilang di Sabah dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 66 buah kilang yang diperiksa di Tawau dan Lahad Datu, 11 kilang didapati tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Pemeriksaan itu dilakukan semasa operasi pematuhan SOP 60 peratus kehadiran tenaga kerja di sektor pengilangan bagi tempoh 13 hingga 23 Jun.

“Hasil pemeriksaan 30 buah kilang di Tawau mendapati 10 kilang tidak mematuhi SOP kehadiran 60 peratus tenaga kerja sektor pengilangan dan telah dikompaun oleh Kementerian Kesihatan di bawah Peraturan 16 kerana gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor pengilangan dan pembuatan seperti arahan ketua pengarah kementerian berkenaan

“Di Lahad Datu pula, daripada 36 buah kilang yang diperiksa, semua kilang didapati mematuhi peraturan ini.

“Namun, terdapat sebuah kilang yang mempunyai empat pekerja dikenakan kompaun kerana gagal memakai pelitup muka di tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua sektor pengilangan yang dibenarkan beroperasi supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

Operasi ini dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) dengan kerjasama
Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan, Majlis Perbandaran Tawau, Majlis Daerah Lahad Datu, Polis, KKM dan Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN