fbpx

Video adegan raya: Instafamous dikompaun RM1,500

Tangkap layar menunjukkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terlibat dalam adegan lakonan tersebut berpakaian penuh uniform.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gara-gara memuat naik video adegan raya di laman sosial, seorang  instafamous dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam aksi lakonan rakaman itu yang turut melibatkan anggota polis berpakaian uniform.

Mengesahkan tindakan itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, kompaun tersebut dikeluarkan kepada lelaki  itu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam. 

Beliau berkata, pihaknya mengesan penyiaran video itu pada pukul 9.15 malam, Ahad lalu dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, di sini. 

“Video tersebut turut melibatkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terlibat dalam adegan lakonan tersebut berpakaian uniform,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Mohd. Fadzil berkata, dalam video berkenaan individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri. 

Katanya, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terlibat dalam video tersebut sedang bertugas dalam pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Putrajaya. 

“Saya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan dan tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh pihak polis dalam hal ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

×
×