13,138 saman  pada hari keempat Op Hormat Undang-Undang

13,138 saman  pada hari keempat Op Hormat Undang-Undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan sebanyak 13,138 saman pada hari keempat pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya di ibu negara semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan tertinggi direkodkan ialah halangan lalu lintas sebanyak 9,852.

“Kesalahan lain  meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki iaitu sebanyak 707 saman dan tiada lesen memandu (329).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut direkodkan adalah kesalahan cukai jalan tamat tempoh (216), nombor kenderaan tidak mengikut spesifikasi (149), tiada cermin sisi (99), penggunaan alat telekomunikasi (89) dan beberapa kesalahan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sarifudin berkata, operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Sitaan melibatkan tiga kenderaan antaranya dua buah motosikal dan sebuah lori dalam operasi itu.

“Selain itu, tangkapan  melibatkan 30 individu atas pelbagai kesalahan yang dikesan dalam keseluruhan 85 operasi dijalankan,” jelasnya.

Pada 31 Mei lalu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur akan terus melaksanakan Op HUU sehingga hingga 15 Jun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, operasi itu akan menggunakan konsep sama iaitu memberi penekanan utama membabitkan kesalahan halangan lalu lintas, garisan putih, nombor pendaftaran, motosikal, didik, parkir haram, lampu merah dan telefon bimbit.

Operasi turut memfokuskan kepada pelaksanaan Op Telefon Bimbit, Op Motosikal, Op Had Laju, Op Perdagangan dan Op Halangan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×