Pusat beli-belah berisiko menjadi lokasi penularan Covid-19 - Utusan Malaysia

Pusat beli-belah berisiko menjadi lokasi penularan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hampir kesemua pusat beli-belah di seluruh negara berisiko menjadi lokasi titik panas penularan Covid-19 sekali gus mewujudkan kluster baharu susulan analisis sistem amaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk tempoh tujuh hari.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, selain itu, Hide mengesan pasar raya, kedai serbaneka, pasar awam, bazar, restoran makanan segera, bank, stesen kereta api, stesen LRT turut tersenarai biarpun peratusannya lebih kecil dari pusat beli- belah.

Katanya, analisis Hide dikendalikan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) membuat ramalan ke atas premis yang berpotensi menjadi lokasi titik panas penularan Covid-19 dalam tempoh tujuh hari berdasarkan pemantauan yang dilakukan.

“Penyenaraian lokasi serta premis ini amat penting dan wajar dilakukan memandangkan bilangan kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan setiap hari berada pada tahap yang sangat membimbangkan di mana dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 23,712 kes baharu positif telah dicatatkan manakala kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) telah meningkat sebanyak 21 peratus berbanding minggu sebelum ini.

“Penyenaraian lokasi dan premis ini membolehkan intervensi awalan dan tindakan wajar diambil oleh pihak berkuasa, pemilik premis serta orang ramai bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata, perkongsian senarai lokasi ini bertujuan membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesebuah lokasi atau premis agar dapat menghindari risiko jangkitan Covid-19.

“Selain itu, ia juga boleh dijadikan panduan kepada pemilik atau pengusaha premis untuk mengambil langkah proaktif bagi mencegah dan melindungi premis masing-masing daripada menjadi pusat penularan jangkitan Covid-19.

“Antara intervensi awal yang dilakukan adalah menghantar notifikasi kontak kasual menerusi aplikasi MySejahtera; kawalan pergerakan pengunjung dengan lebih ketat; menghalang kemasukan pengunjung dengan status berisiko tinggi seperti yang terpapar di aplikasi MySejahtera; mewujudkan sistem gelembung tempat kerja dan susunan bekerja dari rumah; serta melakukan ujian saringan secara massa ke atas pekerja,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendedahkan kes positif baharu Covid-19 iaitu 4,498 kes sekali gus mengatasi rekod purata kes baharu sepanjang minggu lalu iaitu 3,000 kes manakala kes sembuh turut merekodkan peningkatan iaitu 3,449 kes dengan kkes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 34,789 kes berbanding semalam, 33,762 kes.

Lebih membimbangkan katanya, sebanyak 506 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sekali gus tertinggi sejak pandemik Covid-19 bermula manakala 295 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya