Polis 'singgah' rumah penjaga gol Kedah - Utusan Malaysia

Polis ‘singgah’ rumah penjaga gol Kedah

MOHD. IFWAT AKMAL CHEK KASSIM (kanan) menunjukkan surat kebenaran rentas negeri selepas polis yang melakukan operasi pemantauan dan pemeriksaan singgah di rumah penjaga gol Kedah itu Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis, hari ini.-UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Pemeriksaan pasukan pemantau polis daerah ini dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada individu rentas negeri sempena Aidilfitri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘singgah’ di rumah penjaga gol Kedah, Mohd. Ifwat Akmal Chek Kassim di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis dalam operasi hari ini.

Pemeriksaan di rumah tersebut sekitar pukul 11.30 pagi itu selepas mendapati terdapat beberapa kenderaan di kediaman berkenaan yang sekali gus menimbulkan kecurigaan jika terdapat isu rentas negeri.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati Mohd. Ifwat Akmal mempunyai surat kebenaran rentas negeri yang sah.

Tiada tindakan kompaun dikenakan terhadap penjaga gol Kedah yang menetap bersama keluarganya di kawasan perumahan tersebut.

Pemantauan serta pemeriksaan tersebut turut dijalankan di beberapa rumah sekitar Kangar, Kuala Perlis dan Simpang Empat.

Operasi bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 1 petang itu melibatkan tiga pasukan yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintenden, Mohd Anuar Jusoh.

Sementara itu. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, pemeriksaan mengejut atau ’snap check’ akan diadakan di lorong tikus di sempadan Perlis-Kedah bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri tanpa kebenaran.

“Kami mempunyai pasukan Op Benteng yang akan membuat snap check di lorong-lorong tikus ini. Jika ditangkap mereka ini boleh dikompaun sebanyak RM5,000 kerana masuk ke negeri ini tanpa kebenaran.

“Bagaimanapun, kami tidak bercadang untuk meletakkan batu penghadang di lorong-lorong tikus ini kerana kami mendapat arahan untuk memudahkan penduduk yang berada di sempadan untuk melakukan aktiviti seharian seperti pergi sekolah dan klinik tanpa gangguan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.