Polis siasat Dr. Mahathir langgar SOP - Utusan Malaysia

Polis siasat Dr. Mahathir langgar SOP

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis menjalankan siasatan mengenai video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika hadir pada satu program di sebuah surau di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu dilakukan susulan video berkenaan dimuat naik di dalam Facebook ‘Najib Razak’ yang memaparkan Mahathir tidak mengimbas MySejahtera dan suhu ketika hadir pada program tersebut.

“Semakan mendapati ia berlaku pada pagi, 8 Mei lalu di Surau Raudhatul Jannah, Kuala Teriang, Langkawi,” katanya.

Beliau memberitahu, pihak polis akan menjalankan siasatan di bawah Sesyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah) Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021.

Video berdurasi dua minit 29 saat yang memaparkan Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri melanggar kesalahan SOP tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu, Dr. Mahathir dalam Facebook miliknya, hari ini mengakui melakukan kesalahan melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila memasuki surau tersebut.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.

“Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, netizen pula meminta pihak berkuasa tidak melepaskan sesiapa yang melanggar SOP walaupun bekas Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya