Pertimbang saringan rumah ke rumah - Utusan Malaysia

Pertimbang saringan rumah ke rumah

AMIRUDIN Shari ketika pelancaran tabung kemanusian Selangor Prihatin di kediaman rasminya di Seksyen 7, Shah Alam Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dalam memastikan lebih ramai masyarakat menyertai program saringan, kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan untuk melakukan ujian saringan percuma Covid-19 dari rumah ke rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun cadangan itu masih belum dapat dilakukan kerana memerlukan penglibatan ramai selain jumlah sukarelawan yang tinggi.

“Kita kini menumpukan saringan di satu-satu tempat atau lokaliti tertentu dan secara keseluruhannya, sambutan orang awam terhadap program saringan percuma ini amat memberangsangkan.

“Semalam sahaja, seramai 5,000 orang hadir dalam saringan di Subang Jaya dan setakat ini jumlah ini adalah paling besar dapat dikumpulkan.

“Malah kita dapat menjalankan saringan menerusi pandu lalu walaupun sehingga 4 petang namun dapat mempercepatkan proses dan mengurangkan risiko-risiko jangkitan disebabkan perkumpulan orang ramai,” katanya ketika mengulas berhubung saringan percuma Covid-19 yang sedang dijalankan kerajaan negeri di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Terdahulu, Amirudin melancarkan tabung kemanusian Selangor Prihatin di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sambutan juga diterima daripada golongan masyarakat Melayu yang sedar akan kepentingan saringan tersebut berbanding sebelum ini.

“Jika sebelum ini, sambutan di kawasan bukan Melayu namun kini saringan melibatkan lokaliti Hulu Klang, Kuang, Sungai Tua, Gombak yang majoritinya orang Melayu.

“Saya percaya ini petanda signifikan ada kesedaran tinggi untuk menyemak dan menjaga keadaan mereka di samping mengikut saringan yang ditawarkan kerajaan negeri. Malah, saya yakin saringan ini mampu mencapai sasaran seramai 50,000 individu dalam program tersebut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN