‘Penderma’ vaksin Pulau Pinang dipanggil beri keterangan - Utusan Malaysia

‘Penderma’ vaksin Pulau Pinang dipanggil beri keterangan

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli perniagaan yang didakwa terbabit dalam penipuan sumbangan vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Ahli perniagaan yang berasal dari Sabah itu dikenali sebagai Yong Chee Kong.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kes tersebut.

“Ya, kita mengesahkan individu yang dimaksudkan sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk memberi keterangan,” katanya.

Individu berkenaan tidak ditahan seperti yang didakwa sebaliknya hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan dia memang memberi kerjasama sepenuhnya.

Ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat di Hong Kong dan mula menimbulkan kontroversi apabila dikatakan terlibat dalam penipuan ketika memberi sumbangan vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang.

Namun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini mendedahkan tawaran vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang itu tidak benar dan tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac itu adalah satu penipuan.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN