Kilang proses bijirin kotor degil diserbu semula - Utusan Malaysia

Kilang proses bijirin kotor degil diserbu semula

MOHD. Wazir Khalid menunjukkan antara bahan yang digunakan untuk memproses makanan yang ditumbuhi kulat atau fungus dalam serbuan di sebuah kilang memproses bijirin di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL:  Tidak sampai seminggu beroperasi selepas diarahkan tutup, sebuah kilang memproses produk bijirin di sini kembali diserbu oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan negeri disebabkan masalah kebersihan. 

Ketua BKKM, Mohd. Wazir Khalid berkata, kilang itu sebelum ini menerima notis menutup operasi sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selama tujuh hari lebih seminggu yang lalu. 

Bagaimanapun tambah beliau, pihaknya menerima aduan kilang tersebut masih berdegil dan melakukan risikan selama beberapa hari sebelum melakukan serbuan berkenaan. 

“Kita telah keluarkan notis pembersihan sekali lagi kepada kilang ini kerana masih dalam keadaan kotor termasuk terdapat fungus atau kulat pada bahagian dalam mesin penggaul di situ. 

“Ini berbahaya kerana kita khuatir kulat ini boleh menyebabkan keracunan atau kematian kepada pengguna yang menjamah makanan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini hari ini. 

Selain BKKM, serbuan itu turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri serta pihak polis. 

Mengulas lanjut kata Mohd. Wazir, serbuan itu juga membawa kepada penemuan sebuah lagi kilang memproses makanan di situ yang berdepan isu kebersihan. 

Katanya, premis kedua itu gagal dikesan sebelum ini kerana lokasi di situ tidak menggambarkan suasana seperti sebuah kawasan perindustrian sepenuhnya walaupun terletak bersebelahan. 

“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua kilang mempunyai label MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dan Halal, namun, tahap kebersihan kedua-duanya ini tidak selari dengan sijil yang dikeluarkan. 

“Bagaimanapun, kita mengesan berlaku penipuan alamat pada kilang kedua iaitu memproses di tempat lain tapi menggunakan alamat tempat lain dan jika berlaku sebarang isu keracunan dan sebagainya, agak sukar untuk mengesan lokasi premis disebabkan alamat yang berbeza,” ujarnya. 

Mohd. Wazir memberitahu, selain mengeluarkan notis berkaitan kebersihan premis, pihak turut mengenakan kompaun 

kepada kilang kedua sebanyak RM3,500 kerana menggajikan pekerja tanpa mendapatkan suntikan antitifoid di bawah Peraturan 11(2), peraturan Kebersihan Makanan 2009. 

Difahamkan juga, kilang pertama itu telah beroperasi selama 21 tahun manakala kilang kedua yang menghasilkan produk berasaskan kuih kacang pula telah 15 tahun beroperasi. – UTUSAN ONLINE 

 

habis 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN