Kedutaan Arab Saudi sumbang makanan kepada Persatuan NGO Antarabangsa - Utusan Malaysia

Kedutaan Arab Saudi sumbang makanan kepada Persatuan NGO Antarabangsa

Sheikh Abdul Rahman Ibrahim Al Robian (kiri) menyerah kotak bakul Makanan Ramadan kepada Mustapha di ibu negara baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hubungan persaudaraan sesama Islam terus terjalin menerusi kerjasama  dan saling membantu bagi mengurangkan beban yang ditanggung terutama ketika dilanda musibah.

Sebagai contoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa menerusi pengerusinya , Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican baru-baru ini menerima sumbangan makanan sebanyak 500 kotak  daripada Atase Agama Kedutaan Arab Saudi Sheikh Abdul Rahman Ibrahim Al- Robian di pejabatnya di ibu negara.

Menurut Sheikh Abdul Rahman, sebanyak 4,500 kotak telah dibahagikan kepada NG0 NG0 Islam tersebut  untuk diagihkan kepada kumpulan sasar untuk dimanfaatkan sempena pada bulan Ramadan ini.

‘Program tahun ini agak besar berbanding program sebelum ini. Sebelum ini, kita mengagihkan buah kurma kepada NGO dan  penjawat awam di Putrajaya dan kitab suci al- Quran bagi sekolah-sekolah tahfiz, masjid dan surau, ‘’ katanya program tersebut baru-baru ini.

Dalam pada itu Mustapha yang juga Tokoh Mailudur Rasul 1442H  (2020M) Peringkat Kebangsaan berkata, program tersebut amat bermakna dan baginya itu pertama kali beliau terbabit secara langsung mengagihkan kurma dan bakul makanan. 

“Program ini sesuatu yang harus dipuji kerana ramai rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Ramai yang hilang sumber pendapatan,” ujarnya.

Menurut Mustapha lagi, bakul makanan ini mengandungi keperluan asas seperti, beras, minyak, gula, tepung, kicap serta makanan ringan dan semua barang-barang keperluan tersebut merupakan  produk  bumiputera.

Beliau merakam perhargaan yang tinggi kepada Kedutaan Arab Saudi atas keprihatinan mereka terhadap rakyat di  negara ini .

Beliau juga berharap NGO NGO Islam  perlu sentiasa mengadakan aktiviti, perbincangan dan mesyuarat bersama supaya perpaduan sesama mereka akan bertambah erat dan melibatkan diri dalam majlis majlis ilmu yang dianjurkan oleh kedutaan Arab Saudi agar merapatkan hubungan sesama NGO Islam.

“Hubungan erat yang telah sedia terjalin antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia adalah manifestasi kepada semangat persaudaraan untuk saling menguatkan seperti yang dituntut oleh agama, ‘’ ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya