Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, tergelincir dalam longkang - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, tergelincir dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika bermain sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2 dekat sini petang semalam.

Mangsa dikatakan bermain bersama abangnya berusia sembilan tahun dan seorang lagi rakan berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4 petang dan telah menggerakkan anggota dan bomba ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikatakan tergelincir ketika bermain di longkang di Flat Cempaka berkenaan. Sewaktu kejadian, hujan agak lebat dan dipercayai mangsa dihanyutkan dalam air deras.

“Tumpuan pencarian ketika ini bermula dari tempat kejadian dan secara permukaan dan pihak bomba juga menyediakan pasukan penyelamat di air bagi tujuan mencari,” katanya kepada pemberita di kolam tadahan air Taman Arowana Impian, Seremban 2, Seremban semalam.

Jelas Mohd. Said, mengikut penilaian arus air yang deras ini akan terus Sungai Mambau.

” Seramai 14 anggota bomba dan 10 anggota polis terlibat dalam operasi pencarian ini,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.