Jemaah haji perlu bersedia jika Arab Saudi benar ibadah haji - Utusan Malaysia

Jemaah haji perlu bersedia jika Arab Saudi benar ibadah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menasihatkan bakal haji agar bersedia sekiranya Kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perkara itu susulan kenyataan akhbar Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bahawa ibadah haji akan diteruskan tahun ini.

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu disusuli dengan syarat kepada pematuhan semua piawaian dan peraturan kesihatan, keselamatan serta pengawalseliaan dalam usaha memelihara kesihatan dan kesejahteraan jemaah haji.

Katanya, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi juga menegaskan pihak berkuasa kesihatan di negara itu akan terus menilai dan mengambil segala langkah untuk memastikan kesihatan para jemaah haji terjaga dan butiran pelan kawalan serta operasi untuk musim haji tahun ini akan diumumkan kelak.

“Dalam urusan haji tahun ini, Tabung Haji telah memulakan persiapan awal sejak tahun lalu dengan mengambil kira setiap prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan kebiasaan baharu dalam urusan pengendalian operasinya sama ada di tanah air mahupun di Arab Saudi.

“Walaupun persediaan telah dibuat, kerajaan dan Tabung Haji masih menunggu pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan haji dan jumlah jemaah haji yang dibenarkan tahun ini,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Kata Syed Saleh, Tabung Haji akan memaklumkan perkembangan terbaharu sebaik sahaja mendapat pengumuman rasmi berkaitan kuota haji, kriteria jemaah dan syarat-syarat utama yang harus dipatuhi oleh semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya