Warga emas huni rumah usang, daif di tengah bandar Seremban - Utusan Malaysia

Warga emas huni rumah usang, daif di tengah bandar Seremban

KEADAAN di dalam sebuah rumah usang yang dihuni kebanyakannya warga emas yang uzur dan tidak berkemampuan di Jalan Quek Kai Dong (Jalan Limbok), Seremban. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiada siapa sangka, dalam kerancakan pembangunan di bandar ini, masih terdapat golongan masyarakat yang hidup serba kekurangan di dalam sebuah rumah yang boleh dianggap usang, uzur dan daif.

Kesemua penghuni rumah berkenaan yang terletak di Jalan Quek Kai Dong (Jalan Limbok) itu terdiri daripada mereka yang tidak berkemampuan dan menyewa di dalam rumah tersebut bercampur lelaki dan perempuan serta terdiri berbilang bangsa.

Lebih memilukan, empat orang daripada tujuh penghuni rumah tersebut merupakan warga emas dan ada daripada­nya yang tidak mampu bekerja dan mengharapkan ihsan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan makanan.

Kehidupan mereka diketahui selepas saban hari beratur mengambil makanan dari Pusat Gelandangan Dapur Kausar di Jalan Kapitan Tam Yeong dekat sini.

Pengurus Dapur Kausar, Azlin Ali berkata, setiap kali ada gelandangan yang datang mengambil makanan, pihak­nya akan memeriksa latar belakang mereka.

“Saya terpanggil untuk melihat sendiri kehidupan mereka yang sering beratur mengambil makanan. Tak sangka kerana mereka yang kebanyakannya warga emas hidup daif.

“Saya difahamkan ada penghuni yang sudah lebih 15 tahun menghuni di rumah usang yang dikatakan mempunyai lapan buah bilik itu. Apabila melihat keadaan mereka, agak sedih dan sepatutnya mendapat perhatian pihak berwajib,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia ke rumah berkenaan mendapati, penghuninya merupakan warga emas dan hidup sebatang kara.

Seorang penghuni yang dikenali sebagai Sariah, 74, berkata, dia hidup sebatang kara dan datang ke bandar ini dari Kuala Pilah bagi mencari pekerjaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN