Dos diterima rendah punca vaksinasi perlahan - Utusan Malaysia

Dos diterima rendah punca vaksinasi perlahan

RAHMAD MARIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah penerimaan dos vaksin yang rendah daripada Kementerian Kesihatan menyebabkan proses vaksinasi di negeri ini perlahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, Melaka hanya menerima 84,380 dos yang mana sebanyak 46,042 dos digunakan untuk petugas barisan hadapan pada fasa satu.

Jelas beliau, sebanyak 20,073 dos pula digunakan bagi fasa dua setakat 22 Mei dan bakinya akan diberikan kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Kelewatan ini juga disebabkan oleh bekalan vaksin yang terhad dan berperingkat yang diterima Malaysia daripada syarikat-syarikat pembekal.

“Jabatan Kesihatan negeri akan menghantar permohonan bekalan vaksin mengikut kapasiti baru bagi meningkatkan pencapaian vaksinasi di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mempersoalkan proses pemberian vaksin yang perlahan iaitu sekitar 4.72 peratus serta jumlah PPV yang beroperasi kurang daripada yang sepatutnya.

Tambah Rahmad, bermula hari ini sebanyak tiga PPV awam akan beroperasi iaitu Dewan Hang Tuah, Dewan CREATE Simpang Ampat dan Dewan Haji Ahmad Ithnin di Merlimau.

Menurutnya, empat PPV awam di Dewan CTRM Batu Berendam, Dewan MMU, Dewan MPHTJ Bukit Beruang dan Dewan UiTM Alor Gajah akan dibuka pada 15 Jun depan.

“Seramai 109,510 rakyat Melaka dijangka menerima vaksin dengan penambahan PPV ini. Ini bermakna 97 peratus daripada mereka yang layak bagi fasa dua dan telah mendaftar di MySejahtera akan menerima vaksin menjelang 30 Jun.

“Sementara itu, penglibatan klinik swasta dalam pemberian vaksin fasa dua akan bermula 1 Jun dengan 10 klinik di Melaka Tengah dan dua klinik di Alor Gajah akan terlibat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN