Bukan bendera Israel - Utusan Malaysia

Bukan bendera Israel

MPBP mengarahkan pemilik premis menurunkan kain yang digantung sehingga menimbulkan salah faham sebagai bendera Israel di perkarangan sebuah rumah di Taman Melur, Parit Imam, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pihak berkuasa menafikan helaian kain yang digantung di perkarangan sebuah rumah merupakan bendera Israel seperti yang didakwa orang ramai di Taman Melur, Parit Imam, di sini.

Sebaliknya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Kamalludin Jamal berkata, kain berwarna biru putih bercorak seakan bintang itu digunakan oleh penyewa kediaman yang merupakan warganegara asing bagi tujuan keagamaan.

“Penghuni kediaman yang merupakan kumpulan warga asing itu mengaku menggantung kain berkenaan bagi upacara sembahyang sempena sambutan Hari Wesak, kelmarin.

“Tiada istilah penyokong Israel atau sebagainya, ia hanya salah faham. Kain itu telah pun diturunkan selepas pihak berkuasa MPBP mengarahkan perkara itu kepada pemilik premis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut beliau, MPBP sebelum itu menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung kejadian tersebut sebelum mengarahkan sekumpulan anggota untuk ke lokasi kejadian.

“MPBP menerima aduan dan kakitangan kami semalam telah pun pergi ke premis tersebut. Sebaik mendengar keterangan, kami telah meminta pemilik premis untuk membukanya dan mereka akur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya turut menerima laporan berkenaan dan siasatan mendapati kain tersebut digunakan sebagai tanglung berwarna biru putih bagi tujuan sambutan Hari Wesak.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN