Berbuka di atas jalan raya, eratkan silaturahim - Utusan Malaysia

Berbuka di atas jalan raya, eratkan silaturahim

JALALUDDIN Alias (depan tengah) tidak ketinggalan bersama penduduk Taman Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) Anggerik 2 Felda Pasoh 1, Jelebu berbuka puasa di atas jalan raya di hadapan rumah penduduk. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Tradisi berbuka puasa di atas jalan raya di hadapan rumah yang dianjurkan kejiranan Taman Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) Anggerik 2 Felda Pasoh 1 dekat sini diteruskan pada tahun ini.

Pengerusi program, Rosli Omar, 50, berkata, sejumlah 40 buah keluarga terlibat dalam aktiviti tersebut pada tahun ini dengan masing-masing menghamparkan tikar di atas jalan raya di hadapan rumah untuk menjamu selera dan menikmati juadah berbuka puasa bersama jiran tetangga.

“Tujuan utama program adalah untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk. Ini merupakan kelainan yang dibuat demi untuk mengukuhkan hubungan kejiranan kami dalam kawasan ini.

“Pada tahun lepas aktiviti ini tidak dapat diadakan kerana tidak dibenarkan namun tahun ini kami mengambil kesempatan atas kebenaran pihak berkuasa dan kami menjalankannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Jelas Rosli, program tersebut dimulakan dengan penduduk bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa dan membuat kuih raya.

“Aktiviti seperti ini sebenarnya secara tidak langsung memberi pendedahan kepada golongan muda mengenali adat orang terdahulu.

“Selain memasak makanan secara bergotong-royong penduduk juga turut membawa juadah masing-masing untuk dikongsikan bersama jiran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN