Bazar Ramadan, Aidilfitri di kawasan PKP ditutup mulai Isnin - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan, Aidilfitri di kawasan PKP ditutup mulai Isnin

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara akan ditutup bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) juga ditutup.

“Lokasi bazar Ramadan tersebut akan diarahkan untuk terus ditutup selama tempoh tiga hari yang berkuat kuasa serta-merta,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini pernah memberi amaran prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan jika kes penularan Covid-19 meningkat di seluruh negara.

Pada ketika ini katanya, jika berlaku pertambahan kes harian wabak itu, pihak kerajaan akan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan untuk memperketatkan SOP sedia ada.

Tambahnya, trend kes dalam negara semakin membimbangkan ditambah pula penemuan varian baharu dari luar negara menyebabkan beberapa kawasan bertukar menjadi zon merah.

“Pelaksanaan PKP dibuat berpandukan sistem amaran awal HIDE yang dibangunkan bersama Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan. Ini bermakna, sekiranya HIDE mengesan sesuatu lokaliti merekodkan penularan kes, kerajaan akan menutup sementara kawasan tersebut dan boleh melaksanakan PKP,” katanya.

Jelas beliau, premis yang ada dalam senarai HIDE dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes Covid-19 dan akan diarah ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta.

Pada masa sama, beliau memaklumkan aktiviti sukan dan rekreasi individu yang tidak bersentuhan fizikal adalah dibenarkan dengan syarat kegiatan tersebut bagi tujuan kesihatan.

“Mereka juga mestilah mematuhi aspek penjarakan fizikal dengan sekurang-kurangnya 1.5 meter daripada individu lain yang perlu dijalankan di kawasan terbuka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya