AMK Kampar gesa polis siasat Hamzah - Utusan Malaysia

AMK Kampar gesa polis siasat Hamzah

MOHAMMED Hafiz Mohd. Shariff (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Hamzah Zainuddin di IPD Kampar hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kampar menggesa siasatan dijalankan ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung campur tangan beliau dalam pelantikan pegawai kanan polis.

Timbalan AMK Cabang Kampar, Mohammed Hafiz Mohd. Shariff berkata, siasatan segera perlu dijalankan terhadap Hamzah kerana Ahli Parlimen Larut itu sendiri mengakui ketulenan rakaman audio yang tular itu.

Katanya, pengakuan Hamzah itu bukan sahaja mencemarkan nama pasukan polis, malah, secara jelas merupakan penyalahgunaan kuasa dan campur tangan yang serius terhadap urusan dalaman polis.

“Saya merujuk kenyataan Hamzah dalam laporan di portal berita di mana beliau mengesahkan bahawa rakaman suara tular yang dikaitkan dengannya adalah benar.

“Rakaman suara itu mendedahkan terdapat usaha terancang Hamzah untuk menyusun pelantikan dan penempatan pegawai kanan polis.

“Ini jelas satu penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dilakukan seorang menteri yang disyaki dengan tujuan tidak baik, bias dan menjejaskan serta mencalarkan imej pasukan polis secara keseluruhan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis mengenai isu tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini hari ini.

Mohammed Hafiz berkata, siasatan juga perlu dilakukan berhubung pertukaran Ketua Polis Negara meskipun negara masih berada dalam tempoh darurat.

Katanya, berdasarkan Seksyen 15 Akta Polis 1967 tidak membenarkan pegawai polis meletak jawatan atau bersara semasa darurat.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami mahu siasatan telus dilakukan mengenai campur tangan menteri dalam institusi penguatkuasaan itu termasuk pertukaran Ketua Polis Negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya