4,855 kes positif; 3,347 kes sembuh; 27 kematian - Utusan Malaysia

4,855 kes positif; 3,347 kes sembuh; 27 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 yang tertinggi dengan menghampiri 5,000 kes iaitu 4,855 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 3,347 kes.

Sebanyak 27 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 41,582 kes berbanding semalam, 40,101 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 481 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 247 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi yang kini menghampiri 2,000 kes iaitu 1,783 kes diikuti Kuala Lumpur, 521 kes; Johor, 467 kes; Sarawak, 395 kes; Pulau Pinang, 395 kes; Kelantan, 339 kes; Perak, 302 kes; Kedah, 193 kes; Terengganu, 148 kes dan Negeri Sembilan, 100 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 76 kes; Melaka, 67 kes; Pahang, 56 kes manakala Putrajaya, sembilan kes; Labuan, empat kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya