4,765 kes positif; 39 kematian, Selangor catat 2,082 kes tertinggi - Utusan Malaysia

4,765 kes positif; 39 kematian, Selangor catat 2,082 kes tertinggi

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 yang tertinggi dengan menghampiri 5,000 kes iaitu 4,765 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 3,124 kes.

Sebanyak 39 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 40,101 kes berbanding semalam, 38,499 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 469 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 244 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi baharu iaitu 2,082 kes diikuti Kuala Lumpur, 540 kes; Sarawak, 405 kes; Johor, 348 kes; Kelantan, 297 kes; Pulau Pinang, 259 kes; Kedah, 226 kes; Perak, 172 kes; Negeri Sembilan, 122 kes dan Melaka, 110 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 70 kes; Pahang, 63 kes; Terengganu, 60 kes manakala Labuan, enam kes; Putrajaya, empat kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.