4,190 kes sembuh; 4,113 kes positif; 34 kematian - Utusan Malaysia

4,190 kes sembuh; 4,113 kes positif; 34 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif baharu Covid-19 namun masih melebihi 4,000 kes iaitu 4,113 kes manakala kes sembuh pula iaitu 4,190 kes.

Sebanyak 34 kematian direkodkan dan kes aktif menunjukkan sedikit penurunan iaitu 41,471 kes berbanding semalam, 41,582 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 482 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 250 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih merekodkan kes positif tertinggi iaitu 1,269 kes diikuti Sarawak, 533 kes; Kelantan, 371 kes; Johor, 335 kes; Kuala Lumpur, 306 kes; Pulau Pinang, 266 kes; Kedah, 228 kes; Pahang, 178 kes, Terengganu, 165 kes; Perak, 147 kes; Negeri Sembilan, 124 kes dan Melaka, 107 kes.

“Hanya satu negeri dan satu Wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 53 kes dan Putrajaya, 20 kes manakala Labuan, enam kes dan Perlis, lima kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya