16 tahun tunggu kepulangan bapa - Utusan Malaysia

16 tahun tunggu kepulangan bapa

HABSAH AZIR dan suaminya menunjukkan jalan yang dilalui bapa mereka ketika keluar dari rumah sebelum hilang pada tahun 2005 dan belum ditemukan hingga hari ini ketika ditemui di Kampung Teluk Birah, Sungai Durian, Pasir Salak, semalam. - UTUSAN/ AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Bagi seorang wanita di sini, Habsah Azir, 57, sejak kehilangan bapanya secara misteri pada tahun 2005 dan tidak ditemukan sehingga kini, Aidilfitri baginya sudah tidak bermakna lagi.

Menurutnya, bapanya, Azir Dohom, 68, hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Teluk Birah, Sungai Durian di sini, menghala ke kebun sawit tiga kilometer dari rumahnya.

Katanya, bapanya hilang 10 hari menjelang Ramadan 2005 dan tidak ditemukan sehingga ke hari ini walaupun pelbagai usaha mencarinya dilakukan.

“Sehingga hari ini saya dan adik-beradik terus menunggu kepulangan bapa. Menjelang hari raya, ingatan kami kepada bapa semakin kuat. Setiap kali takbir raya, saya dan adik-beradik pasti teringatkan bapa yang hilang entah ke mana.

“Kebiasaannya di bulan puasa kami semua solat hajat mohon doa semoga bapa selamat dan pulang suatu hari nanti.

“Perasaan kami anak-anaknya semakin sebak menjelang Syawal tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, selepas kejadian itu, sambutan Aidilfitri dia dan adik-beradik yang lain tidak semeriah seperti sebelum kehilangan bapa mereka.

Katanya, walaupun sudah lama hilang, dia tetap bimbangkan keselamatan bapanya dan berharap bapanya akan pulang.

“Biasanya di pagi 1 Sya­wal, kami hanya tengok orang membersihkan kubur ibu bapa atau saudara-mara mereka yang sudah meninggal dunia, tapi kami kehilangan bapa tanpa kubur,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN