PASIR SALAK: Bagi seorang wanita di sini, Habsah Azir, 57, sejak kehilangan bapanya secara misteri pada tahun 2005 dan tidak ditemukan sehingga kini, Aidilfitri baginya sudah tidak bermakna lagi. Menurutnya, bapanya, Azir Dohom, 68, hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Teluk Birah, Sungai Durian di sini, menghala ke kebun sawit tiga kilometer dari rumahnya. Katanya, bapanya hilang 10 hari menjelang Ramadan 2005 dan tidak ditemukan sehingga ke hari ini…