Tunggu laporan WHO kesan varian pada vaksin - Utusan Malaysia

Tunggu laporan WHO kesan varian pada vaksin

ADHAM Baba menyampaikan ucapan sempena Majlis Menandatangani Momerandum Persefahaman (MOU) antara PBSMM dan Pfizer Malaysia bagi meningkatkan sokongan psikososial ketika pandemik Covid-19 yang berlansung di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Jalan Wisma Putra di sini, hari ini. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sama ada varian baharu Covid-19 boleh memberi kesan kepada vaksin atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, setakat ini, vaksin yang digunakan di negara ini masih mampu memberi pelindungan dan kini, sejuta rakyat telah menerima suntikan.

Kata beliau lagi, sebaliknya pihaknya bimbang dengan kemunculan dua varian baharu apabila ia kini telah berada di dalam komuniti.

“Kita dapati varian ini telah dikenal pasti melalui pengesanan Kementerian Kesihatan terhadap pembawa iaitu dengan 17 kes varian Afrika dan satu lagi varian United Kingdom.

“Kebimbangan kita adalah jangkitannya lebih meluas dan juga kini berada dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pfizer di Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini memaklumkan mengesan 17 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan yang dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 di Malaysia.

Selain itu terdapat pertambahan dua kes Covid-19 varian UK B.1.17 yang menjadikan keseluruhan lima kes di negara ini.

Mengulas lanjut mengenai tempoh kuarantin individu luar negara, Dr. Adham berkata, terdapat keperluan untuk pihaknya melaksanakan semula tempoh kuarantin 14 hari.

Katanya, pihaknya sehingga kini masih mengguna pakai tempoh kuarantin 10 hari dengan mereka ditempatkan di pusat kuarantin digazetkan kerajaan.

“Setakat ini, mereka perlu menjalani ujian swab diluluskan kementerian sebelum tiga hari sampai ke negara ini dan jalani kuarantin 10 hari di pusat kuarantin.

“Kita dapati adalah perlu lihat balik dasar kuarantin 14 hari kerana tempoh inkubasi virus Covid-19 adalah 14 hari,” katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan untuk mengkaji semula tempoh kuarantin yang dipendekkan daripada 14 hari kepada 10 hari. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya