Tujuh dikompaun jual barang kawalan mahal, gagal letak tanda harga 

Tujuh dikompaun jual barang kawalan mahal, gagal letak tanda harga 

ANGGOTA penguat kuasa memeriksa sebuah pasar awam di SPU, Pulau Pinang dalam operasi bersepadu penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seramai tujuh peniaga pasar awam di beberapa lokasi sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini dikompaun dalam operasi bersepadu yang diketuai oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) cawangan SPU di sini, semalam. 

Operasi sempena penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berlangsung sehingga 20 Mei depan itu melibatkan 25 anggota penguat kuasa daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta Pejabat Perkhidmatan Veterinar SPU. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah PPDNHEP SPU, Azmi Dan berkata, dalam operasi itu beberapa lokasi tumpuan termasuk Pasar Awam Kepala Batas, Penaga, Tasek Gelugor serta Sungai Dua, di sini telah diperiksa. 

“Tujuh peniaga itu dikompaun kerana didapati menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan. 

“Pada masa sama, mereka juga gagal meletakkan tanda harga barangan yang dijual,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut beliau, kompaun yang dikeluarkan itu secara keseluruhannya berjumlah RM1,300 bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. 

Tambah Azmi, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan khususnya di SPU bagi memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan selain melindungi hak pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya